Blogger Backgrounds

Monday, 26 March 2012

Wanita Dan Rama-Rama




Wanita boleh diibaratkan seperti seekor rama-rama.Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan jatuh setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah akan tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada Wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya di sentuh, di pegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran yang telah di sampaikan oleh nabiNYA. Hanya dengan menuruti perintah Allah kemuliaan dan harga diri kecantikan dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk ke Syurga Allah. Wanita hendaklah Menjaga kehormatan diri mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka di muliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk surga dari mana-mana pintu yang di kehendakinya...








Suka entry ini silalah Like ^_^

Sunday, 25 March 2012

KENAPA PEREMPUAN SUKA MERAJUK???


Hiiiii...dah lama rasanya tak update blog....bz dengan keja,keja dan keja....hihihi...kemalasan pun ada gaks sebenarnya hihihi...Tiba-tiba jari2 cheqhaizan mula nak menari hari ni..ermmm apa topik nak tulis ye??hihihi..ahaaa kenapa perempuan suka merajuk??ada ke perempuan yang tak suka merajuk??mustahil la kan..sebab semua perempuan suka merajuk cuma cheqhaizan rasa teruk dengan tak teruk je kan hihihi..Ada yang kata merajuk tue melambangkan kasih sayang .ye ke??Selalunya pasangan kekasih dan suami isteri laaa yang berkaitan dengan merajuk2 ni  kan..hihihi..Meh kita ushar2 kenapa perempuan merajuk??

 

1. Cemburu
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
3. Orang lain lebih hebat dari dia
4.Keinginan tidak diambil perhatian oleh mereka dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan      wanita itu.
5. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
6. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
7. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
8. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

9. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
10. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
11. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
12. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
13. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

P/s : Tapi tak dapat dinafikan dekat sini perempuan kalau merajuk mmg akan muncung sedepa..kikikiki





Suka entry ini silalah Like ^_^

Tuesday, 22 November 2011

Doaku Untukmu Sayang ....




Suka entry ini silalah Like ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...