Wahh..dekat-dekat nak puasa nie semakin banyak yang mengadakan kenduri perkahwinan..tahniah2 yang bakal mendirikan rumahtangga...huhu...

sebut pasal cinta dan perkahwinan teringat aku satu cerita atau pengalaman seorang kawan (maaf namanya tak dapat diberitahu)...Kalu tengok pasangan couple nie tiada cacat celanya..pada pandangan mata aku la...huhu..tapi tengak diowang mmg so sweet la..

huhu...tapi itulah ajal maut jodoh pertemuan Allah swt yang tentukan..kita manusia hanya mampu merancang..Kalau dh ditakdirkan mereka bukan diciptakan untuk satu sama lain tetap akan tiada jodoh...
tapi cara perpisahan diaorang nie pada pendapat aku agak tidak perikemanusiaan..sebabnya hmmhh...si jejaka nie tiba2 mention nak kawen dengan orang yang dia suka dari sek ren lagi...apalagi meraung la kawan aku nie...opss lupa nak cakap dia orang nie kalu x silap aku dah couple dkt 8-9 tahun mcm 2..

seringkali dia bercerita pada aku apa salah dia apa dosa dia...aku tidak mampu memberikan jawapan hanya mampu menyuruhnya bersabar..aku tahu dia banyak berkorban untuk lelaki itu...kiranya masa susah dan senang kawan aku aku sentiasa bersama dia..x pernah tinggal.tapi 2lah lumrah manusia bila dah senang suma tue dilupakan...mula-mula semangat dia mmg down abes...kawan-kawan bagi support pun dia x boleh terima suma tue...pada dia idup dia dah musnah bila lelaki tue tinggaklkan dia...aku sebgai kwn bek dia pun tak dapat mengembalikan keyakinan dia...sedey aku ms 2 melihat kawan yang dl nya bahagia sedang sengsara menanggung derita..Suatu hari dia cerita pada aku bahawa mak dan ayah dia dah tahu jejaka itu dah kawen dengan orang lain...

air matanya menitis tatkala memberitahu bahawa ayah dan ibunya menangis di hadapan dia...ayah dia bertanya kenapa jejaka itu buat macam nie dkt mereka...dia tidak mampu memberikan jawapan...sebab dia ckp dkt aku hatinya sebak melihat ayah dan ibunya menangis kerana orang luar yang sudah dianggap mereka seperti anak sendiri..Terkesima aku sebentar...Ya Allah berat sungguh dugaan Mu kawanku...berkata di dalam hatiku ms itu..Tapi sekarang syukur alhamduliilah berkat sokongan aku dan kawan-kawan yang lain dia dah banyak berubah..kembali senyum seperti dahulu..sudah mahu keluar jalan2 dengan kawan2...Tapi aku tahu wpun dia senyum dan ketawa tapi dia takkan melupakan apa yang telah dilaluinya sebab dia pernah cakap pada aku hatinya yang sakit xkan pulih seperti biasa...baru-baru nie semasa kami sedang melepak dengan rakan-rakan yang lain seorang kawan bertanya adakah dia memaafkan jejaka tersebut??semua terdiam ms 2 sebab kalu boleh kami x mahu mengungkit cerita lama dia tkt hatinya kembali terguris...tapi alangkah terkejutnya kami suma apabila jawapan yang diberikannnya tidak terlintas lsg di kepala kami..dia berkata dia telah memaafkan jejaka tersebut dari mula laie sebab dia sayangkan jejaka itu dan dia rela berkorban tuk kebahagian orang yang dia sayang dan setiap masa dia berdoa pada Allah swt semoga jejaka tersebut bahagia bersama dengan orang yang dia sayangi...Alhamdulillah kawan saya kembali seperti sediakala....For my friend''saya percaya suma yang awak lalui ada hikmah yang tersembunyi dan saya percaya awak akan dapat lelaki yang lebih baik dari dia...Allah swt maha adil...Dia sedang menguji awak...Berserah padanya..."
