Bila Terlalu Mencintai



Kadangkala bila kita terasa ingin mencintai, terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi dan terlalu banyak pula menabur janji. Akhirnya bila terputus dipertengahan remuk di hati terlalu sukar untuk diubati.

"Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai,

Kadangkala bila terasa ingin dicintai sehabis banyak dicurahkan rasa hati apatah lagi memberi. Tanpa mengukur kemampuan diri hingga orang sekeliling sudah tidak peduli kerana keyakinan telah bersarang dihati yang pasti akan dimiliki. Rupa-rupanya takdir ilahi tidak menyebelahi...akhirnya kecundang merana hati.

Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri".

Cintailah seadanya...

Bertahun menyulam cinta, tapi bila akhirnya kecundang, apa yang akan dirasai? Pedih? Sakit hati?hati remuk?? Sesak dalam dada. Mungkin lebih sakit.

Mungkin kita patut terima, jodoh itu bukan milik kita. Jalan dia dan kita tak pernah sama. Takdir kita dan dia takkan pernah bersatu.

Namun, bagaimana harus dirawat luka ini? Bunuh diri? Itu kerja gila, kerja bodoh! Jangan kerana cinta manusia, kita lupa cinta Dia masih ada. Tika semua manusia berpaling, Dia masih ada. Ya, kembali kepada-Nya.


"Ya Allah, sungguh aku mohon keampunan dari-Mu, kerana aku terlanjur mencintai seorang manusia melebihi cinta kepada-Mu. Dan sekarang, dia berpaling dariku ya Allah. Pedihnya hati ini, akan aku ubati dengan cinta kepada-Mu, kerana aku tahu Kau Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani. Beri aku kekuatan ya Allah. Kerna aku tak bisa kuat tanpa-Mu. Ampunkan kesalahanku ini ya Allah. Amin."










Jangan Menangis




PERCAYA TAK ? Ketika Allah merindui hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN… 


Dalam hadith qudsi Allah berfirman: 

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah) 

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” 

(H.R. Bukhari dan Muslim) 



Jangan sedih apabila orang lain tidak memahami anda►Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain. 

Jangan sedih apabila orang lain tidak mempercayai anda►Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri. 

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda►Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan. 

Jangan sedih apabila orang lain tidak menghargai anda►Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain. 

Jangan sedih apabila orang lain menghina anda►Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri. 

Jangan sedih apabila orang lain memaki anda►Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain. 

Jangan sedih orang selalu mengritik kita►Tapi sedihlah karena anda tidak pernah mahu memperbaiki diri. 

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh►Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu bangkit kembali. 

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir►Tapi sedihlah kerana anda tidak pernah belajar dari pengalaman. 


INGATLAH!!!!
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar… 


Payahnya Nak Cari Kawan Baik




halooooooooooooooooooooo......cheqhaizan nak tanya korang ada kawan baik tak???kawan baik cheqhaizan adala...tapii cheqhaizan lebih rapat dengan kawan seorang nie...sebab kepala otak kita orang mmg sama glaaa...hihihi..nak tgk tak sapa kawan baik cheqhaizan???jomm ushar kat bawah tapi ushar cket ja tau hihihi...

zaman sekarang ni bukan senang nak cari kawan baik, sebab kawan baik tak akan tinggalkan kawannya keseorangan, kerana kawan baik sanggup berkorban apa sahaja demi menggembirakan hati kawannya.tapi kebanyakkan kawan zaman ni cuma kawan masa gembira sahaja, bila susah mereka akan tinggalkan kita.ada jugak jenis kawan suka menolong ketika kawannya berduka atau sedih ataupun susah dan dia akan pergi bila kawannya itu telah temui kebahagiaan, memang mulia hati kawan yang macam ni.

♦ zaman sekarang ni bukan senang nak cari kawan baik, sebab kawan baik tak akan tinggalkan kawannya keseorangan, kerana kawan baik sanggup berkorban apa saja demi menggembirakan hati kawannya.Tapi kebanyakkan kawan zaman ni cuma kawan masa gembira sahaja, bila susah mereka akan tinggalkan kita.

♦ Masih ada ke kawan yang suka menolong ketika kawannya berduka atau sedih ataupun susah dan dia akan pergi bila kawannya itu telah temui kebahagiaan? memang mulia hati kawan yang macam ni.Tapi susahkan nak cari.Mungkin 1dalam 100.

♦ Kebanyakannya kawan yang suka ambil kesempatan atas kesusahan kawannya sendiri betul tak?em..mintak jauhkan dari dapat kawan yang macam ni.

♦ walau apa pun pepatah orang-orang dulu kala yang berbunyi "berkasih biar satu, berkawan biar beribu" memang betul, hidup takkan sempurna bila hidup tanpa kawan kerana tak semua rahsia kita yang boleh diketahui kekasih, percaya atau tak kawan baik lebih banyak tahu pasal diri kita berbanding kekasih kita.

♦ jadi apa-apa pun jujurlah dalam berkawan, kerana setiap apa yang kita buat, apa yang kita berkorban, walaupun dia tak pernah nampak,dan bila kita jauh dari dia, satu hari nanti Allah akan tunjukkan juga, dan yakinlah Allah Maha Mengetahui, yang penting keikhlasan kita berkawan dengan cara dan niat yang betul.

Siapalah kita nak menilai orang lain...




Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku! Alhamdulillah, Walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas..

Kita semua sama di sisiNYA. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur... Cuba kita sama-sama renungkan...

Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang! InsyaALLAH. Yang penting, jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).

Sementara itu dalam kehidupan kita memang tidak dinafikan pasti akan menemui manusia yang memang sikapnya akan memandang rendah insan lain. Biarlah.Kkerana, suatu hari nanti dia pasti sedar dari kesilapannya! Kita doakan sahaja. Semoga dia diberi hidayah Allah. InsyaAllah..  

"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim)..

Mari kita tajamkan mata hati dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat-ayat cinta suci FirmanNYA.... Wallahu alam..

Single???Best kewww..???


 
Entri Kali ini adalah sesuai dibaca bagi yang single sahaja.. Kalau yang dah Relation tu pun boleh gak la baca-baca dan renungkan.. hehe....

1. Bebas dan berdikari Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.
 
 

 
 
 

Jatuh cinta itu perkara biasa. Apabila sudah terjatuh yang begini, sukarlah untuk bangun berdiri dalam keaadaan tegak kerana fikiran sudah angau. Tutup mata tetapi masih terbayang-bayang. Tutup telinga tetapi masih terdengar-dengar. Dunia dirasakan begitu indah berbunga-bunga. Hari-hari tersenyum sendirian. Syok sendiri.

 Itu kalau mencintai seseorang.

Jika membenci seseorang pula? Mulailah apa sahaja yang diperbuatnya menjadi sakit dan buruk di mata kita. Setiap kali namanya kedengaran, mulailah rasa menyampah di hati kita. Jika boleh tidak mahu lansung bertegur. Sedangkan kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Tidak mustahil orang yang paling kita cintai akan berubah menjadi orang yang kita paling benci. Lihat sahaja kisah rumahtangga artis-artis yang berkahwin gah bak puteri raja semata-mata kerana lambang cinta.Masing-masing saling memuja dan memuji pasangan seolah begitu sempurna. Hakikatnya mana ada manusia yang sempurna segala-galanya. Rumah tangga mana yang tidak akan diuji ombak. Maka selepas berkahwin, rasa cinta semakin pudar apabila keburukan pasangan mula terdedah. Lebih menyedihkan sekiranya jodoh tidak berpanjangan dan diakhiri penceraian. Pasangan suami isteri mulai saling membenci dan memburuk-burukkan satu sama lain. Kasihan anak-anak, kebingungan dan tersepit di antara ibu dan bapa.

Tidak mustahil orang yang paling kita benci akan berubah menjadi orang yang paling kita cintai. Kita mungkin membenci seseorang kerana terlalu melihatkan keburukan seseorang dan tidak mengetahui kebaikan dirinya. Tetapi apabila mengetahui kebaikan dirinya yang adakalanya sangat sukar untuk ditemui pada insan lain, maka kita akan serta merta berubah hati.

Kesimpulannya, jika mencintai seseorang beserdahanalah dan jika membenci seseorang juga beserdahanalah. Satu lagi, janganlah sombong sangat dan menghina orang lain sesuka hati. Orang yang meludah ke langit, kelak ludahnya terkena muka sendiri.
Fahamkah maksud cheqhaizan????
Di dalam hidup ini, tiada manusia yang sempurna. Semua manusia belajar untuk menjadi sempurna. Belajar.. Belajar.. Dan belajar.. Orang yang paling hampir dengan kesempurnaan adalah orang yang sentiasa memperbaiki diri. Untuk perbaiki diri, perlulah bersedia mendengar teguran kesilapan. InyaAllah...

Sahabat

 
 
Sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita selepas family kita. Siapa kat dunia ni takde sahabat? Menipu sangat la tu. Nak kena cepuk ke? Semua kat dunia ni diciptakan berpasangan ok. Aik? Ada kaitan ke? Ahh, abaikan. Sahabat  adalah benda berharga yang di kurniakan oleh Nya. Siapa yang tak tahu menghargai sahabat, rugilah  jawabnya.


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama serta apabila melihat akan gerak-gerinya kamu teringat akan mati.
Indahnya kalau dapat sahabat yang macam tu kan. Sahabat orang yang boleh berkongsi suka duka kita bersama. Semasa susah ada, semasa senang pun ada. Bukan semasa senang je. Tapi kalau masa susah owg tue takde, so rasanya owg tue bukan lah sahabat yang terbaik weh. Masih wujud ke sahabat macam tu? Emm, mungkin. Nak tahu apa ciri ciri sahabat yang baik? Jom ushar-ushar baca...

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
  • Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih sahabat. Kerana sahabat, kita bahagia tetapi sahabat juga boleh menjahanamkan kita.

Bersahabat takde limitnye. Sesuka hati lah nak berkawan sampai berjuta pun kan, asalkan pandai menjaga tingkah laku dan adab, itu dah cukup bagus. Dengan berblogging je pun kita dah boleh dapat ramai sahabat. Kan? cheqhaizan sayang sangat semua sahabat cheqhaizan.. Sebab sahabat ni la yang menyempurnakan kehidupan seharian kita bila berjauhan dengan family

P/s :Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
 
 

Hoorey-HOorey


 nak cita cket pasal filem hoorey-hoorey...best sangat...sungguh tak tipu...bukan senang nak jadi seperti Nurul Aiman...banyak perkara positif kita dapat belajar dari filem ini...Kita kena jadi sapa diri kita bukan jadi orang lain...so siapa yang tak tengok lagi tue cepat2 lah tgk...kat bawah nie ada serba-sedikit sinopsis cerita tersebut :)
Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.

SEkadar Renungan Bersama......Jadilah Matahari sebab orang suka atau tak dia Tetap akan bersinar....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...