Jodoh Pilihan sendiri @ Keluarga



Mungkin pada orang lain , mereka menganggap mengahwini pilihan keluarga ini mungkin sebagai paksaan . Pada aku tak , aku lebih tenang hati untuk menerima jodoh pilihan keluarga . Kenapa ? sebab perkara paling utama buat aku adalah restu kedua ibu bapa ku .. aku yakin jika itu yang akan membuatkan mak & ayah tenang dan yakin ..Aku tahu ayah dan mak bukan jenis yang memilih kedudukan , harta , pangkat atau rupa paras .. ayah dan mak sebenarnya perlukan KEYAKINAN untuk memilih seorang yang akan memberi kebahagiaan dan boleh membimbing anaknya .Mereka faham aku bagaimana .. mereka yakin dan percaya pada aku .. tapi sebenarnya aku yang kurang yakin pada diri aku untuk membuat pilihan sendiri .. Pilihan aku pernah salah ...itulah yang terjadi hampir 2 tahun lalu..sampai sekarang aku masih menanggung sakit... Sampai semua orang hairan dan pelik , dan selalu bertanya soalan yang sama .. " kenapa masih single? "kenapa masih tak nak kawen?jual mahal ke??  .. ermmm pernah sedih dan lemas dengan soalan sedemikiian tapi alhamdulillah sekarang nie sudah terbiasa dan senyum apabila ditanya soalan sedemikian   sampai semua orang disekeliling membuatkan aku tersedak melayan kerenah mereka2 yang terlalu risaukan aku .. aku tahu mereka sayangkan aku....

sekarang  hati aku akan menyatakan semua orang kawan aku .. aku susah nak terima seseorang sebagai teman special aku .. yang aku tahu berkawan dengan semua orang , dan semua orang kawan aku .. tak lebih dari tu .. aku sekarang tak mudah jatuh cinta sehingakan seseorang pernah bercakap hati aku keras macam batu.. tak pelah  .. mereka tak tahu .. kalau mereka  tahu mesti mereka tak cakap camtu ..
Aku mengaku , aku memang keras hati . tapi itu sekarang , dulu tak .. dulu aku seorang yang lembut hati .. terima dan telan semuanya .. banyak memendam perasaan sendiri .. sakit sendiri .. " saat tu , ada orang ambil tahu ?? " .. tak de !! dan akhirnya aku sendiri jugak .. aku sabar , aku redha , aku pasrah .. kerana saat aku lembut hati , tak dak orang  pun menjaga & menghormati hati dan perasaan aku  ? tapi saat aku mengalah , aku pergi .. saat itu datang lah perkataan maaf .. saat tu hati aku dah tepu .. dah keras ..  kata2 maaf tu macam takleh tembus dalam hati aku .. tapi saat tu satu perasaan saja yang ada " aku dah maafkan semuanya , segala-galanya aku maafkan.." .. walaupun hati aku sakit..remuk..terluka semuanya dah tak penting ..  kerana kamu2 tak kan tahu , tapi Allah yang lebih mengetahui aku .. aku yakin pada JANJI ALLAH .. janji manusia ni tak usah percaya .. mengecewakan !!


cuma doa aku  untuk ayah dan mak... lindungi orang tua aku.. ampunilah dosa2 mereka .. mereka lah yang semangat aku untuk terus hidup selain kawan2 yang banyak memberi kata2 semangat .. pengorbanan mereka tak terhitung .. jasa mereka tak terbalas .. semoga Allah yang membalas .. amin .. lindungi ayah dan mak .. lindungi setiap langkah mereka .. sayangilah mereka .. bahagiakan mereka .. aku tak sanggup tengok mereka susah hati & sedih  .. aku tak sanggup untuk mengecewakan mereka .. berilah kemudahan buat aku untuk tunaikan permintaan mereka & capaikan impian mereka .. biar bagaimana pun mereka , mereka orang yang paling aku hormat .. mereka2 itu sayap aku .. aku tanggungjawab mereka .. syurga ku dibawah kaki mereka .. selagi itu juga lah , aku takkan membelakangi mereka .. selamanya restu mereka yang aku perlukan untuk perjalanan ku atas dunia sementara ini .. pada aku , orang2 yang tak menghormati keluarga aku , mereka2 itu juga tidak menghormati aku .. Ya Allah , jika selama mereka hidup aku tidak ada didunia ini untuk menemani mereka .. iringilah perjalanan mereka dengan doa2ku .. iringilah perjalanan mereka dengan berkat & rahmat Mu .. berilah segala kemudahan buat mereka .. murahkan rezeki mereka .. Aku serahkan sepenuhnya pada Engkau Ya Allah .. sesungguhnya Engkau Maha Melindungi .. Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hambaNYA .. amin ..



Note : sehebat manapun planning kita kalu Allah swt tak izinkan mmg tak jadi...semua ketentuan, jodoh, rezeki, ajal & maut semua telah ditentukan sejak azali lagi...




Salam Untuk Semua



ermmm tak tahu kenapa cheqhaizan suka lagu ini..hihihi..tapi lagu nie ada mesej tersendiri bukan sekadar cerita AA aka Aaron Aziz sahaja...jomm layan...




lirik lagu..

Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segalanya
Assalamualaikum semua
Oh oh
Bukan ku lupa
Ku tak akan lupa
Semuanya ku bawa ke situ
Soalnya dimana
Ke situ berada
Soalnya siapa berani ikut aku
Mereka kata ku lupa daratan
Dan ku hanya ingin mengejar nama
Mereka lupa tugas cari makan
Sampai bila aku nak tahan lapar
Kan ku janji mu untuk sedia
Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun
Mama ada Papa ada tolong jagakan mereka
Sayang fahamkan aku sibuk bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan hidup kita lancar
Nascar aku balik kampung macam askar
Kan ku tinggalkan semuanya keluarga yang ku
sayangi
Doa dari ibu ayah sokongan saudara memberi
kekuatan padaku
Sepanjang perjalanan ini
Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan
pengorbanan
Dan pengorbanan itu penting di dalam kerjaya
Inilah cerita Aaron Aziz
Memang bukannya hatiku yang rela
Memang bukannya hatiku yang setuju
Untuk berjauhan dari keluarga
Untuk berpisah dengan buah hatiku
Ada yang kata diriku tak mampu
Bakat di wajah belum tahu laku
Jangan mencoba diri sendiri yang malu
Kemana pergi semangat orang Melayu
Ku diberikan kekuatan
Danish Anaqi yang pertama
Keduanya insan yang terindah
Ku namakan dia Dwi Ariana
Cahaya mata yang melengkapkan
keluarga Dahlia Arissa
Itulah hasil cinta diriku dengan Diyana





Doa ketika keluar rumah




Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".



Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".

Riki Taman Negara Pahang

haiiiii.....dah lama tak update blog sebab bz pastue kemalasan pun ada bila nak menaip....aiyooo ini penyakit malas arrr mmg susah nak  buang jauh2..sedikit sebanyak mesti ada punya lahh....hahhaha...
ok nak cita cket kemana kaki melangkah baru2 nie....hihihi...agak teruja sebenarnya sebab tak pernah sampe lagi di taman negara pahang nie..bila di beri kesempatan riki taman negara untuk xtvt penghujung tahun ini apalagi terus ambo nak pegi ahahaha....asalnya nak  pegi tengok tempat, keadaan jalan, masa perjalanan dan sebagainya tapi atas jasa baik tuan punya chalet nie kami di beri peluang merasai bagaimana nak bot dengan arus yg agak deras....dan  melihat kawasan yang akan kami terjah plak...hihihi cewahhh..jom  kits ushar2 gambaq kami berempat yang comeiii lote nie hihihi.....















Jungle Trekking di National Penang Park

dah lama tak update blog....kesibukan masa membataskan segalanya...hihihihi...ok u all...baru2 nie cheqhaizan dan kawan2sempat melakukan aktiviti riadah yang agak mencabar hi3....nak tahu apa dia???hihi kami jelajah taman negara penang untuk ke monkey beach...wowww amazing experience tau...korang dah pergi belom?hihihi
meh nak cita cket tentang taman negara penang nie hihii...Taman Negara Pulau Pinang, yang terletak di daerah Barat Daya berhadapan Selat Melaka, adalah taman negara yang pertama diwujudkan di bawah Akta Taman Negara 1980.Setelah diwartakan pada 10 April 2003, Taman Negara Pulau Pinang diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perhilitan. Jumlah keseluruhan keluasannya ialah 2,562.983 hektar merangkumi keluasan darat 1,181.949 hektar dan laut 1,381.041 hektar.

sebelum xpdc kena possing dl!!

best sebenarnya jungle trekking nie walaupun agak memenatkan tapi menguji stamina kita dan semangat setia kawan kita..walaupun kami hanya pergi 4 orang hihihhi tapi semangat berkobar2 hahaha...






AKHIRNYAAA SAFELY ARRIVED..HIHIHI..







SAYANG IBU KITA





© 1 TAHUN - IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.
© 2 TAHUN- IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA BILA DIPANGGIL.

© 3 TAHUN- IBU SEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI

© 4 TAHUN - IBU BELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

© 5 TAHUN -IBU BELIKAN BAJU BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERMAIN DALAM LOPAK KOTOR.

© 6 TAHUN - IBU PIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

© 7 TAHUN - IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. TAPI KITA BERTERIMA KASIH DENGAN PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

© 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

© 9 TAHUN-IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

© 10 TAHUN- IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

© 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

Berfikir Sejenak....

SEHIDUP SEMATI ;)
 


"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik,
tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

Ermmmm bila terbaca ayat nie membuatkan aku terpikir seketika....terima kasih kepada entry yg telah dicoretkan oleh seorang gadis ayu yg bernama Farah lee..entry yg bertajuk "Sehidup semati"yang telah  membuka mata aku dan membuatkan aku berfikir 1 minit...hihihi...disini aku ingn berkongsi entry yg tlh ditulis oleh saudari Farah Lee.......

"Ayat ni lah yang menjadi topik perbualan aku dan seorang rakan seperjuangan dunia akhirat aku semalam. Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni. Yela.. Umur baru 21 tahun. Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang zaman sekarang. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda inilah aku kena fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri untuk membina sebuah keluarga yang bahagia (ceewahh..).

     Bagi si adam, tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. Anda diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya. Jadi, bermula dari usia muda inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain, untuk bekalan bersama hidup di dunia untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak. Selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu anda. Baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu anda. Buruk bimbingan anda... (fikir-fikir la sendiri).

     Bagi si hawa pula, anda juga ada tanggungjawab yang besar! Tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya. Memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas anda untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda (uik, terasa pulak. ngee..)

     Tempoh perkenalan yang lama diantara si dara dan si teruna juga bukanlah perkara 'wajib' sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh 'berkenal-kenalan' yang lama hanya mengundang maksiat. Kononnya "Kena la kenal lama-lama dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak". Dalam masa berkenal-kenal mesti la kena keluar dating-dating kan. Pastu nanti datang la kawan rapat kita, Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki. Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak (tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira). Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni, pegang-pegang tangan je (tu pun maksiat jugak lerr). Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter'clash' pulak. Dulu cakap nak tau sesuai ke tak, so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la. Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung, menangis 40 hari 40 malam tak dapat terima kenyataan (tahniah lagi sekali sebab incek syaitan sedang melompat-lompat keriangan).

      Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Jika 'seseorang' itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,  berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur).

Waktu-waktu Mustajab Berdoa





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 


Akhir malam. Sabda Rasulullah S.A.W dari Abu Umamah (r.a.):

“Sehampir-hampir seorang hamba kepada Allah adalah tengah malam yang akhir, maka jika kamu sanggup menjadi di antara orang yang mengingati Allah pada saat itu, maka jadilah.”

[Riwayat At-Tarmizi]


  • Antara azan dan iqamah. Sebuah hadith yang bersumber dari Anas bin Malik (r.a.): 

“Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak (makbul), kerana itu berdoalah kamu pada waktu itu.” 
[Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban] 


  • Ketika sujud dalam solat. Nabi bersabda: 
“Saat seseorang hamba sangat hampir di hadapan Tuhannya adalah di waktu dia sujud, kerana itu perbanyakkanlah doa dalam sujud.” 
[Riwayat Muslim] 


  • Selepas membaca Al-Quran (terutama selepas khatam). Firman Allah yang bermaksud: 

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian, supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).” 

[Surah Al-Fatir, 29] 


  • Selepas solat Maktubah (fardhu). Rasulullah mengajar doa kepada sahabat Mu’adz bin Jabal (r.a.): 

“Hai Mu’adz, demi Allah aku mencintaimu, kerana itu janganlah engkau meninggalkan berdoa tiap sesudah solat dengan membaca: Ya Allah tolonglah aku agar sentiasa mengingatiMu dan memperbagusi ibadahku kepadaMu.” 


  • Majlis Zikir atau Tahlil 
  • Hari Jumaat. Sabda Rasulullah S.A.W.: 
“Pada hari Jumaat terdapat suatu saat, apabila bertepatan seorang Muslim dengan saat itu dan dia sedang solat (berdoa) meminta kebajikan kepada Allah nescaya Allah akan memperkenankannya.” 
[Riwayat Bukhari & Muslim] 

  • Hari Arafah (9 Zulhijjah). Sabda Rasulullah S.A.W.: 
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik ucapanku dan ucapan para Nabi sebelumku ialah: Tidak ada Tuhan selain Allah sendiriNya tiada sekutu bagiNya. MilikNya kerajaan dan pujian. Dan dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” 


  • Malam Nifsu Sya’aban (15 Sya’aban) 
  • Malam dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) 
  • Bulan Rejab. Sabda Rasulullah S.A.W.: 
“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu: malam pertama daripada bulan Rejab, malam Nisfu Sya’aban, malam Jumaat dan dua hari raya.” 

  • Ketika ayam berkokok. Hadith bersumber dari Abu Hurairah: 
“Apabila kamu mendengar ayam jantan berkokok, mohonlah kepada Allah akan kurniaanNya kerana ayam itu melihat malaikat. Dan apabila kamu melihat kuda menangis maka berlindunglah kepada Allah kerana kuda itu melihat syaitan.” 

[Riwayat Muslim] 

  • Waktu dhuha (di kala matahari sedang naik) 
  • Bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah S.A.W.: 
“Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pinyu-pintu langit.” 

[Riwayat Mutafaq Alaih] 

  • Malam Qadar. Berdasarkan kepada hadith Nabi S.A.W. apabila Ummul Mu’minin Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah: 
“Ya Rasulullah, apakah doa yang harus ku baca bertepatan malam Qadar? Rasulullah menjawab: Bacalah Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf sangat menyukai kemaafan, maka maafkanlah aku.” 

[Riwayat Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie] 

  • Ketika hujan turun. Dari Sahal bin Saad katanya Rasulullah bersabda: 
“Ada dua macam doa yang tidak ditolak iaitu ketika azan dan ketika turun hujan.” 

  • Ketika berada dekat orang yang sakaratul maut (nazak). Hadith bersumber dari Ummu Salamah: 
“Rasulullah masuk ke rumah Abu Salamah, pandangan matanya terbelalak. Rasulullah menutup mata Abu Salamah dan kemudian bersabda: Apabila roh dicabut pandangan mata orang yang sakarat mengikuti rohnya sedangkan orang-orang di sekitarnya menjerit. Baginda bersabda lagi: Janganlah kamu mengatakan sesuatu atas dirimu dan keluargamu kecuali yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakana itu. Kemudian rasulullah berdoa: Ya Allah ampunkanlah Abu Salamah, tinggikanlah darjatnya dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk dan gantikanlah sepeninggalannya orang-orang yang ditinggalkannya. Ampunilah kami dan dia wahai Tuhan semesta alam. Lapangkanlah kuburnya dan berilah dia cahaya dalam kuburnya.” 

[Riwayat Muslim] 

  • Semasa bermusafir. Sabda Rasulullah S.A.W.: 
“Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, tidak syak padanya iaitu: Doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya.” 

[Riwayat Abu Dawud] 

  • Semasa berjihad atau menunaikan haji/umrah. 
“Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” 

[Riwayat Ibn Majah] 

  • Semasa menerima ujian dari Allah. Firman Allah yang bermaksud: 
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).” 

[Surah al-Naml, 62] 

  • Semasa peperangan. Sabda Nabi S.A.W.: 
“Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.” 

[Riwayat Abu Dawud] 
















DOA PARA NABI DAN SAHABAT






Doa Nabi Musa A.S.





Doa Nabi Musa A.S.



Doa Nabi Sulaiman A.S.



doa Nabi Ibrahim A.S.




Doa Nabi Nuh A.S.















Bila Terlalu Mencintai



Kadangkala bila kita terasa ingin mencintai, terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi dan terlalu banyak pula menabur janji. Akhirnya bila terputus dipertengahan remuk di hati terlalu sukar untuk diubati.

"Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai,

Kadangkala bila terasa ingin dicintai sehabis banyak dicurahkan rasa hati apatah lagi memberi. Tanpa mengukur kemampuan diri hingga orang sekeliling sudah tidak peduli kerana keyakinan telah bersarang dihati yang pasti akan dimiliki. Rupa-rupanya takdir ilahi tidak menyebelahi...akhirnya kecundang merana hati.

Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri".

Cintailah seadanya...

Bertahun menyulam cinta, tapi bila akhirnya kecundang, apa yang akan dirasai? Pedih? Sakit hati?hati remuk?? Sesak dalam dada. Mungkin lebih sakit.

Mungkin kita patut terima, jodoh itu bukan milik kita. Jalan dia dan kita tak pernah sama. Takdir kita dan dia takkan pernah bersatu.

Namun, bagaimana harus dirawat luka ini? Bunuh diri? Itu kerja gila, kerja bodoh! Jangan kerana cinta manusia, kita lupa cinta Dia masih ada. Tika semua manusia berpaling, Dia masih ada. Ya, kembali kepada-Nya.


"Ya Allah, sungguh aku mohon keampunan dari-Mu, kerana aku terlanjur mencintai seorang manusia melebihi cinta kepada-Mu. Dan sekarang, dia berpaling dariku ya Allah. Pedihnya hati ini, akan aku ubati dengan cinta kepada-Mu, kerana aku tahu Kau Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani. Beri aku kekuatan ya Allah. Kerna aku tak bisa kuat tanpa-Mu. Ampunkan kesalahanku ini ya Allah. Amin."










Jangan Menangis




PERCAYA TAK ? Ketika Allah merindui hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN… 


Dalam hadith qudsi Allah berfirman: 

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah) 

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” 

(H.R. Bukhari dan Muslim) 



Jangan sedih apabila orang lain tidak memahami anda►Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain. 

Jangan sedih apabila orang lain tidak mempercayai anda►Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri. 

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda►Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan. 

Jangan sedih apabila orang lain tidak menghargai anda►Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain. 

Jangan sedih apabila orang lain menghina anda►Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri. 

Jangan sedih apabila orang lain memaki anda►Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain. 

Jangan sedih orang selalu mengritik kita►Tapi sedihlah karena anda tidak pernah mahu memperbaiki diri. 

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh►Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu bangkit kembali. 

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir►Tapi sedihlah kerana anda tidak pernah belajar dari pengalaman. 


INGATLAH!!!!
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar… 


Payahnya Nak Cari Kawan Baik




halooooooooooooooooooooo......cheqhaizan nak tanya korang ada kawan baik tak???kawan baik cheqhaizan adala...tapii cheqhaizan lebih rapat dengan kawan seorang nie...sebab kepala otak kita orang mmg sama glaaa...hihihi..nak tgk tak sapa kawan baik cheqhaizan???jomm ushar kat bawah tapi ushar cket ja tau hihihi...

zaman sekarang ni bukan senang nak cari kawan baik, sebab kawan baik tak akan tinggalkan kawannya keseorangan, kerana kawan baik sanggup berkorban apa sahaja demi menggembirakan hati kawannya.tapi kebanyakkan kawan zaman ni cuma kawan masa gembira sahaja, bila susah mereka akan tinggalkan kita.ada jugak jenis kawan suka menolong ketika kawannya berduka atau sedih ataupun susah dan dia akan pergi bila kawannya itu telah temui kebahagiaan, memang mulia hati kawan yang macam ni.

♦ zaman sekarang ni bukan senang nak cari kawan baik, sebab kawan baik tak akan tinggalkan kawannya keseorangan, kerana kawan baik sanggup berkorban apa saja demi menggembirakan hati kawannya.Tapi kebanyakkan kawan zaman ni cuma kawan masa gembira sahaja, bila susah mereka akan tinggalkan kita.

♦ Masih ada ke kawan yang suka menolong ketika kawannya berduka atau sedih ataupun susah dan dia akan pergi bila kawannya itu telah temui kebahagiaan? memang mulia hati kawan yang macam ni.Tapi susahkan nak cari.Mungkin 1dalam 100.

♦ Kebanyakannya kawan yang suka ambil kesempatan atas kesusahan kawannya sendiri betul tak?em..mintak jauhkan dari dapat kawan yang macam ni.

♦ walau apa pun pepatah orang-orang dulu kala yang berbunyi "berkasih biar satu, berkawan biar beribu" memang betul, hidup takkan sempurna bila hidup tanpa kawan kerana tak semua rahsia kita yang boleh diketahui kekasih, percaya atau tak kawan baik lebih banyak tahu pasal diri kita berbanding kekasih kita.

♦ jadi apa-apa pun jujurlah dalam berkawan, kerana setiap apa yang kita buat, apa yang kita berkorban, walaupun dia tak pernah nampak,dan bila kita jauh dari dia, satu hari nanti Allah akan tunjukkan juga, dan yakinlah Allah Maha Mengetahui, yang penting keikhlasan kita berkawan dengan cara dan niat yang betul.

Siapalah kita nak menilai orang lain...




Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku! Alhamdulillah, Walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas..

Kita semua sama di sisiNYA. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur... Cuba kita sama-sama renungkan...

Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang! InsyaALLAH. Yang penting, jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).

Sementara itu dalam kehidupan kita memang tidak dinafikan pasti akan menemui manusia yang memang sikapnya akan memandang rendah insan lain. Biarlah.Kkerana, suatu hari nanti dia pasti sedar dari kesilapannya! Kita doakan sahaja. Semoga dia diberi hidayah Allah. InsyaAllah..  

"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim)..

Mari kita tajamkan mata hati dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat-ayat cinta suci FirmanNYA.... Wallahu alam..

Single???Best kewww..???


 
Entri Kali ini adalah sesuai dibaca bagi yang single sahaja.. Kalau yang dah Relation tu pun boleh gak la baca-baca dan renungkan.. hehe....

1. Bebas dan berdikari Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.
 
 

 
 
 

Jatuh cinta itu perkara biasa. Apabila sudah terjatuh yang begini, sukarlah untuk bangun berdiri dalam keaadaan tegak kerana fikiran sudah angau. Tutup mata tetapi masih terbayang-bayang. Tutup telinga tetapi masih terdengar-dengar. Dunia dirasakan begitu indah berbunga-bunga. Hari-hari tersenyum sendirian. Syok sendiri.

 Itu kalau mencintai seseorang.

Jika membenci seseorang pula? Mulailah apa sahaja yang diperbuatnya menjadi sakit dan buruk di mata kita. Setiap kali namanya kedengaran, mulailah rasa menyampah di hati kita. Jika boleh tidak mahu lansung bertegur. Sedangkan kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Tidak mustahil orang yang paling kita cintai akan berubah menjadi orang yang kita paling benci. Lihat sahaja kisah rumahtangga artis-artis yang berkahwin gah bak puteri raja semata-mata kerana lambang cinta.Masing-masing saling memuja dan memuji pasangan seolah begitu sempurna. Hakikatnya mana ada manusia yang sempurna segala-galanya. Rumah tangga mana yang tidak akan diuji ombak. Maka selepas berkahwin, rasa cinta semakin pudar apabila keburukan pasangan mula terdedah. Lebih menyedihkan sekiranya jodoh tidak berpanjangan dan diakhiri penceraian. Pasangan suami isteri mulai saling membenci dan memburuk-burukkan satu sama lain. Kasihan anak-anak, kebingungan dan tersepit di antara ibu dan bapa.

Tidak mustahil orang yang paling kita benci akan berubah menjadi orang yang paling kita cintai. Kita mungkin membenci seseorang kerana terlalu melihatkan keburukan seseorang dan tidak mengetahui kebaikan dirinya. Tetapi apabila mengetahui kebaikan dirinya yang adakalanya sangat sukar untuk ditemui pada insan lain, maka kita akan serta merta berubah hati.

Kesimpulannya, jika mencintai seseorang beserdahanalah dan jika membenci seseorang juga beserdahanalah. Satu lagi, janganlah sombong sangat dan menghina orang lain sesuka hati. Orang yang meludah ke langit, kelak ludahnya terkena muka sendiri.
Fahamkah maksud cheqhaizan????
Di dalam hidup ini, tiada manusia yang sempurna. Semua manusia belajar untuk menjadi sempurna. Belajar.. Belajar.. Dan belajar.. Orang yang paling hampir dengan kesempurnaan adalah orang yang sentiasa memperbaiki diri. Untuk perbaiki diri, perlulah bersedia mendengar teguran kesilapan. InyaAllah...

Sahabat

 
 
Sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita selepas family kita. Siapa kat dunia ni takde sahabat? Menipu sangat la tu. Nak kena cepuk ke? Semua kat dunia ni diciptakan berpasangan ok. Aik? Ada kaitan ke? Ahh, abaikan. Sahabat  adalah benda berharga yang di kurniakan oleh Nya. Siapa yang tak tahu menghargai sahabat, rugilah  jawabnya.


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama serta apabila melihat akan gerak-gerinya kamu teringat akan mati.
Indahnya kalau dapat sahabat yang macam tu kan. Sahabat orang yang boleh berkongsi suka duka kita bersama. Semasa susah ada, semasa senang pun ada. Bukan semasa senang je. Tapi kalau masa susah owg tue takde, so rasanya owg tue bukan lah sahabat yang terbaik weh. Masih wujud ke sahabat macam tu? Emm, mungkin. Nak tahu apa ciri ciri sahabat yang baik? Jom ushar-ushar baca...

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
  • Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih sahabat. Kerana sahabat, kita bahagia tetapi sahabat juga boleh menjahanamkan kita.

Bersahabat takde limitnye. Sesuka hati lah nak berkawan sampai berjuta pun kan, asalkan pandai menjaga tingkah laku dan adab, itu dah cukup bagus. Dengan berblogging je pun kita dah boleh dapat ramai sahabat. Kan? cheqhaizan sayang sangat semua sahabat cheqhaizan.. Sebab sahabat ni la yang menyempurnakan kehidupan seharian kita bila berjauhan dengan family

P/s :Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...