‘Hutang lapuk adalah pinjaman yang kita ambil untuk
membeli atau membiayai perkara yang akan susut nilainya.’
Jenis hutang ini sangat mudah dikenali. Cuma namanya
sahaja yang beraneka seperti pembiayaan
peribadi, pinjaman kenderaan, ansuran mudah,
sewabeli, kad kredit dan pelbagai jolokan lagi.
Masalah dengan hutang jenis ini, bukannya Kita
tidak cuba elakkan tetapi ianya meresap
ke dalam hidup kita dengan amat perlahan
sekali. Sehingga kita hampir-hampir tidak menyedarinya.
Ia menyamar seolah-olah sebahagian daripada kehidupan
padahal ianya
adalah barah kewangan dan kesannya sungguh teruk
serta membawa akibat buruk.

Sebagai contoh, kita telah memiliki sebuah
rumah untuk berteduh dari hujan dan panas.
Tapi kita perlukan kenderaan untuk
memudahkan berulang alik ke
tempat kerja dan pergi bersiar-siar.
lepas itu pula rumah kita itu kurang serinya
tanpa perabot yang menawan.
Penghawa dingin yang menyamankan
dikala tengahari.
Pemanas air yang menyegarkan.
Penapis air yang menambah kualiti hidup.
Menghilangkan penat lelah sambil menontonsiaran tv berbayar. Mendengar muzik sambil
menonton dengan set teater rumah.
kita juga memerlukan sebuah komputer peribadi
untuk memudahkan kerja
atau melayari internet.
Pendek kata, kita mahu memiliki segalanya
tetapi kewangan kita pula terbatas.
Tapi itu bukan masalah besar kerana kita
boleh memiliki kesemuanya sekaligus dengan cara berhutang.
Pelbagai skim ditawarkan kini. Tanpa kita sedar hutang
kita sudah di paras hidung.
Ini adalah garis panduan mudah dan umum bagaimana
kita boleh menyelamatkan diri daripada cengkaman
hutang lapuk. (cepat atau lambatnya kita terlepas adalah
bergantung kepada kesungguhan dan kegigihan kita senditi)
1. Bina azam dalam diri untuk menghapuskan kesemua
hutang.
2. Senaraikan semua hutang-hutang lapuk kita.
3. Buat satu perancangan menyeluruh bagaimana
membayar kesemua hutang.
4. Berjimat cermat untuk mendapatkan wang tambahan
membayar hutang-hutang itu.
Atau alternatif kepada langkah 4 ini ialah..
5. Wujudkan sumber pendapatan tambahan lain!
Percaya atau tidak, semakin sedikit hutang yang kita
pikul itu bermakna
beban di kepalakita semakin berkurangan. Walaupun
pendapatan kita tidak bertambah!




selagi boleh, elakkanlah berhutang. tp kehidupan kita zaman skang ... jarang org tidak berhutang!
ReplyDeleteyup btoll 2....nak beli rumah,keta,apa2 ja sumanya berhutang skunk....apa yang penting kita kena pandai menguruskan kewangan kita ^_^
ReplyDeletesetuju...zaman skrg semuanya hutang...zaman duit...
ReplyDeleteassalam.. betul tu.. zaman sekarang semu perlukan duit... langkah kluar rumah aje dah perlu pakai duit... kentut aje xyah duit..hehehee
ReplyDeleteDgn duit gaji yg dpt tiap2 bulan mesti tak cukup kan.. abis dah byr segala hutang2..
salam..kita semua mmg x dpt lari daripada berhutang..dgn riba lagi..kalo x berhutang cmne nak bayar kereta, rumah etc.
ReplyDeletekalo bole beli cash alangkah bertuahnya badan:D
btoll kalu leh beli cashhh tentu x wujud utang hhuhuhu
ReplyDeletekereta & rumah mungkin keperluan utama sekarang. jika pandai kereta pun boleh jana income bila diguna dgn betul. kalau ada rezeki lebih, boleh juga beli rumah lelong & jual semula utk tambah income. tapi cara & teknik kenalah pelajari sebaik mungkin. http://adzriel.blogspot.com/search/label/Tips%20Kewangan
ReplyDeletetak de cash..terpaksa berhutang..tunggu ada cash entah bila baru ada kan...hihihi..
ReplyDelete