
PERCAYA TAK ? Ketika Allah merindui hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Jangan sedih apabila orang lain tidak memahami anda►Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.
Jangan sedih apabila orang lain tidak mempercayai anda►Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda►Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.
Jangan sedih apabila orang lain tidak menghargai anda►Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.
Jangan sedih apabila orang lain menghina anda►Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.
Jangan sedih apabila orang lain memaki anda►Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.
Jangan sedih orang selalu mengritik kita►Tapi sedihlah karena anda tidak pernah mahu memperbaiki diri.
Jangan sedih kerana anda selalu jatuh►Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu bangkit kembali.
Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir►Tapi sedihlah kerana anda tidak pernah belajar dari pengalaman.
INGATLAH!!!!
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar…


nice dear. Terima kasih
ReplyDelete