Hoorey-HOorey


 nak cita cket pasal filem hoorey-hoorey...best sangat...sungguh tak tipu...bukan senang nak jadi seperti Nurul Aiman...banyak perkara positif kita dapat belajar dari filem ini...Kita kena jadi sapa diri kita bukan jadi orang lain...so siapa yang tak tengok lagi tue cepat2 lah tgk...kat bawah nie ada serba-sedikit sinopsis cerita tersebut :)
Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.

SEkadar Renungan Bersama......Jadilah Matahari sebab orang suka atau tak dia Tetap akan bersinar....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...