JPJ kenal pasti 13 laluan maut di Johor






Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 13 laluan sebagai ‘jalan maut’ di negeri ini yang perlu menjadi ingatan kepada semua pemandu untuk lebih berhati-hati. Antara laluan itu ialah :-
1- Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi; 
2- Kota Tinggi-Pengerang; 
3-Johor Bahru-Skudai; 
4-Johor Bahru-Pontian; 
5-Kota Tinggi-Mersing-Endau; 
6-Mersing-Kluang; 
7-Skudai-Kulai-Simpang Renggam; 
8-Kulai-Kota Tinggi; 
9-Pontian-Batu Pahat-Muar; 
10-Batu Pahat-Ayer Hitam; 
11-Muar-Yong Peng; 
12-Muar-Batu Pahat dan 
13-Muar-Tangkak.
“Pemantauan ini perlu untuk memastikan keselamatan pengguna ketika pulang bercuti meraikan Aidilfitri ini sentiasa selamat dan terhindar daripada kejadian yang tidak diingini.
“Selain memberi tumpuan kepada jalan terbabit, semua anggota JPJ juga akan membuat rondaan di laluan yang mempunyai risiko berlakunya kemalangan jalan raya.
“JPJ berharap semua pengguna jalan raya dapat mematuhi peraturan lalu lintas untuk mengelakkan kemalangan jalan raya dengan meningkatkan kesabaran, lebih berhemah dan berdisiplin ketika memandu kenderaan masing-masing, ” katanya di sini, semalam.
“Rondaan 24 jam di ‘jalan maut’ itu sudah dimulakan sejak 14 Ogos lalu, membabitkan tempoh dua minggu sebelum dan selepas Aidilfitri bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan lalu lintas.


Note : tidak kiralah dimana kita berada berhati-hatilah memandu dan inatlah orang tersayang...biar lambat
            sampai asalkan kita selamat ke destinasi :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...