Tiba-tiba malam nie macam nak cakap asal jodoh plak...huhu..ader orang sedang berdiskusi dengan aku soal jodoh...pelik tapi benar bila hati aku belum sampai seru nak kahwen laie..nsb bek mak dan ayah dah mula memahami kenapa aku tak nak kawen laie..thanks mom n dad sebab bg ruang.sebut pasal jodoh kadang2 ramai yang sensitif....dl aku pun mcm 2 gaks sensitif bila ditanya...huhu..tapi sekarang xdahh...knp???ntahla tiada jawapan..nak cakap aku dah jumpa jodoh aku rasanya x lagi kot..opsss En Engineer jgn mrh!!! kita kawan bek kan???huhu....ada orang kadang-kadang terutamanya perempuan mesti risau soal jodoh...mesti ada yang tertanya2 ishh apsal x kawen2 laie..ishhh siapalah yang hendakkan aku nie...bilalah nak bertemu jodoh nie bila gagal bercinta...Aduhai2 susahnya nak dapat jodoh???....sebenarnya apa yang dipikirkan tue hanya membebankan kepala sahaja..Jodoh Pertemuan Ajal Maut semuanya tetah ditetapkan oleh ALLAH SWT...dah tertulis di atas sana siapa jodoh kita..kita hambaNya tiada ada upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita sendiri melainkan semuanya ketentuan Allah swt..Namun apa yang boleh kita buat ialah memohon pertolongan dari Allah swt supaya dipertemukan jodoh sebaik mungkin...Sebenarnya walau kita terpisah lama dengan seseorang tapi kalu dah tertulis dia jodoh kita tetap jodoh kita..tak payah susah-susah kita cari...insyallah kalu dia adalah jodoh kita maka dengan sendirinya hati kita untuk menerimanya..seoarang teman pernah berkata percaya pada Qada dan Qadar awak...Jadi jangan pusing2 kepala mehhh kita tgk tips2 untuk diamalkan untuk mencari jodoh yang terbaik buat kita :)
1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman.
2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.
3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah orang sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan masalahnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.
4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah
5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.
6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggulah kehadiran orangnya (Tawakkal).
7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling mudah;
Pembuka: Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa-apa saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai, doa sajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.
12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Insyaallah jika di amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja.
Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.
Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Note : Menunggu Cinta yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT :)


kalau dah jodoh tak ke mana :)
ReplyDeletesaya pun malas nk fikir pasal jodoh..huhu
btl tu,klu dah jodoh x ke mn..
ReplyDeletedoa & tawakal je la :)
terima kasih atas perkongsian ini...
ReplyDeletecara yg diberikan itu la yg sy sedang buat skrg..lagi2 pada bulan ramadhan yg mulia ni.. harus la tidak lepaskan peluang...:)
dulu..sy mcm give up..mmg penat fikir pasal jodoh...hnya berserah...serik pun yer juga...sakit bila putus cinta..penat nk memulakan satu hubungan yg baru..
tapi sampai satu tahap...tgk sepupu yg sebaya..rakan sebaya..even yg lgi muda dari kita dah kawin...teringin juga...terfikir...sampai bila nak single mcm ni..umur makin lama..makin bertambah...
sunyi hidup sendiri..walaupun ada kawan2 & family di sisi... :)
nabilah_2908.....sy pernah mengalami..lebih trok bila melibatkan parents kita...pernah gvup...x kuar jumpa kawan2..berkurung dalam bilik sepanjang masa..sakitnya ALLAH AWT yang tahu..terus terang cakap saya pun mls nak pk soal jodoh...bukan xder kawan yang ajak kawen tapi ntahlahhh rasanaya sy lbh selesa jadi kawan..serik dan takut sebenarnya untuk memulakan sesuatu yang baru..sunyi mmg sunyi tapi skunk alhamdulillah dengan bantuan ALLAH SWT hidup saya kembali seperti sediakala wpun sakitnya tetap ada kadang2..yang penting awak kita kena pk ALLAH SWT dah tetapkan sesuatu untuk kita..hanya DIA yang maha mengetahui :)
ReplyDeletewah...menariknya info...tapi kancil ndak boleh sudah...kancil nak memohon dipanjangkan jodoh je...
ReplyDeleteKancil 8349...aminnnn......alhamdulillah :)
ReplyDelete