SUSAH DAHULU SENANG KEMUDIAN


Kadang kala Allah akan menguji kita terlebih dahulu dengan kesusahan sebelum kita dapat memperolehi kejayaan yang kita inginkan. Ini  memberikan motivasi kepada kita yang sebuah kejayaan itu tidak akan diperolehi dengan mudah tanpa melakukan usaha dan apabila kita berjaya mencapai kejayaan setelah mengharungi pelbagai kesusahan, kita akan lebih menghargai kejayaan yang kita dapat..Contoh terbaik yang perlu kita ikut adalah Rasulullah S.A.W. Baginda bukannya dengan mudah dapat menyebarkan agama islam kepada umat manusia. Pelbagai ujian dan cabaran yang terpaksa dilalui semasa hidup Baginda untuk menyebarkan agama islam. Segala ujian dan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh Baginda tapi ia tidak pernah membuatkan Baginda mengalah dan berputus asa untuk terus berjuang.Jika Baginda tidak berusaha untuk menyebarkan agama islam sudah tentu kita tidak dapat memperolehi nikmat agama islam pada hari ini. Alangkah besarnya jasa Baginda kepada kita dengan memberikan kita nikmat islam pada hari ini. Bersyukurlah kita kepada Allah kerana dapat menikmati nikmat islam pada hari ini. Berselawatlah kita kepada Baginda sebagai tanda ingatan dan kasih kita kepada Baginda.
Kita tidak boleh berputus asa kerana belum mendapat kejayaan yang kita inginkan. Bukan Allah tidak mahu memberi kejayaan kepada kita tapi Allah mahu kita berusaha dengan kekuatan yang Allah berikan kepada kita. Jika kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, kejayaan akan datang kepada kita. Setiap kesusahan yang terpaksa kita harungi adalah untuk menguji sejauh mana kekuatan yang ada dalam diri kita. Jangan kita menjadi orang yang lemah dan cepat berputus asa dengan ujian yang diberikan oleh Allah.
Kita hanyalah manusia biasa yang banyak melakukan dosa-dosa kepada Allah. Banyak dosa-dosa yang kita lakukan sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Dosa-dosa yang kita lakukan akan menjauhkan diri kita dari mendapat rahmat dari Allah. Walaupun banyaknya dosa-dosa yang kita lakukan, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita jika kita memohon ampun dan bertaubat kepadaNya.Jangan kita hanya menjadi hamba yang sentiasa dekat kepada Allah apabila berada dalam keadaan yang susah sahaja. Tapi diwaktu senang kita menjadi lupa dan jauh dari Allah. Kita mahukan diri kita menjadi hamba sentiasa ingat dan berdoa kepada Allah diwaktu susah atau senang. Kita hendaklah sentiasa berdoa mendekatkan diri kita kepadaNya. Kita berdoa kepada Allah supaya diberikan kejayaan yang kita inginkan dalam kehidupan ini.Apabila kita terpaksa mengharungi kesusahan terlebih dahulu sebelum mencapai kejayaan, ia akan menjadikan diri kita seorang yang lebih kuat dalam mengharungi kesusahan hidup dan seterusnya berjaya dalam hidup ini. Ia juga membuatkan diri kita seorang yang lebih menghargai kejayaan sebenar dalam hidup ini. Selepas berjaya hendaklah kita bersyukur dengan nikmat kejayaan yang Allah berikan. Kita bersyukur sebagai tanda kita berterima kasih kepada Allah kerana memberikan nikmat kejayaan dalam hidup ini..
Note : saya pun sedang memotivasikan diri saya :)





3 comments:

  1. berakit-rakit ke hulu, berenang2 ke tepian

    ReplyDelete
  2. bersakit2 dahulu...bersenang2 kemudian ;)

    ReplyDelete
  3. tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...